welcome to cherita nadea blog:)jgn lupa follow nadea taw!

Thursday, 31 March 2011

biarku sentuh cintamu




Aku termenung sendirian. Membiarkan angin malam menampar lembut pipiku. Kedinginan mula membaluti diri. Namun aku masih ingin di sini. Menikmati panorama alam yang dibungkus kegelapan. Kerlipan bintang-bintang di dada langit tidak kelihatan sinarnya. Cuaca agak kelam di ketika ini. Sekelam hatiku sejak ibu menyuarakan rasa hatinya. Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang, memenuhi fikiranku kala ini. Aku buntu memikirkan masalah ini. Ditelan mati emak diluah mati bapak. Aku tersepit di antara dua pilihan, janji dan harapan. Janjiku kepada ikmal, lelaki yang aku cintai sepenuh hatiku, bahawa tiada lelaki lain yang dapat ,menggantikan dirinya, tempatnya dalam hatiku. Hanya namanya yang tersemat kukuh dalam hatiku. Tiada nama lain lagi selain Mohd Ikmal bin Ramli. Harapan ibuku yang menyuruh aku menimbangkan permintaanya. Kedua-dua insan ini amat penting dalam hidupku. Mana mungkin aku mencari ganti ibuku yang telah bersusah payah membesarkan aku dan adik-adikku semenjak pemergian ayah. Ibulah yang telah bersusah payah mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Membanting kudrat empat keratnya agar aku dan adik-adikku mendapat pelajaran yang sewajarnya. Berkat doa ibu dan kesungguhanku, aku berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan menggapai segulung ijazah dalam bidang yang aku impikan semenjak kecil lagi, iaitu ijazah dalam bidang akauntan. Tidak semudah itu aku akan lupakan segala kesusahan, kepayahan ibu. Tapi, dalam situasi sekarang aku tersepit di antara dua pihak. Haruskah aku mengorbankan kebahagiaan aku semata-mata untuk menyenangkan dan membahagiakan orang lain? Tapi kalau aku menurut permintaan ibu, aku yakin ibu orang yang paling bahagia dalam dunia ini. Bukankah itu yang aku inginkan sejak dulu? Aku ingin membahagiakan insan yang telah banyak berkorban untuk diriku. "Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Aku insan yang lemah, Ya Allah. Kau permudahkanlah hidupku Ya Allah" munajatku dalam hati. Aku terus merenung dada langit dengan seribu harapan.

" Reen, sini sekejap, ibu ada hal sedikit yang nak dicakapkan," lembut kata-kata ibu sewaktu aku ingin menapak ke bilikku. Tanpa banyak soal, aku terus mendapatkan ibu yang ketika itu duduk bersimpuh di hadapan televisyen. Aku seolah-olah dapat menjangkakan apa yang akan keluar dari mulut ibu.
" Mula-mula sekali, ibu ingin mintak maaf sekiranya permintaan ibu menyebabkan Reen runsing. Ibu langsung tidak berniat demikian…" tanpa pamit, aku terus memeluk ibu. Sedih hatiku mendengar kata-kata ibu. Seorang ibu sanggup merendahkan martabatnya di hadapan seorang anak hanya kerana perkara itu? Terlampau besar perkara itu kepada ibu. Berdosakah aku sehingga ibu sanggup bertindak sedemikian?
" Tak bu, ibu tak bersalah. Reen yang bersalah kerana telah menyusahkan hati ibu," aku berkata dalam sendu yang masih mengulit hatiku. Aku mengeratkan pelukanku. Ibu membalasnya dengan mengusap-usap lembut belakangku. Tercurah sepenuh kasih sayang seorang ibu. Terasa hangat pelukan ibu. Aku meleraikan pelukan. Ingin mendengar butir bicara ibu. " Dah, kesat air mata tu. Macam budak-budak pula Reen ni," kata-kata ibu sedikit sebanyak menghilangkan kesedihanku. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata ibu. Ku lihat ibu terdiam sebentar. Seolah-olah mencari kekuatan untuknya meneruskan apa yang ingin dicakapkan kepadaku. "Bu?" aku bersuara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. Dingin semakin mencengkam dan kesejukkan seolah-olah menggigit belulang, Jam di dinding menunjukkan pukul 11.30 malam. Ibu menarik nafas sedalam-dalamnya.


"Reen, ibu tahu Reen terkejut dengan permintaan ibu. Ibu bukan apa, ibu hanya ingin tengok anak ibu bahagia. Kenangan lalu hanyalah untuk dikenang, bukan untuk terus melingkari hidup kita. Kita yang masih hidup ni harus teruskan dengan hidup kita. Ibu tak suruh Reen lupakan Ikmal, ibu tahu Reen sayang sangat pada dia, tapi terima hakikat Reen. Ikmal dah lama tiada. Sampai bila Reen nak terus melayan kenangan yang telah lalu? Ibu yakin kalau Ikmal masih hidup, tentu dia sedih tengok keadaan Reen macam ni. Bangunlah Reen, bangun dari lena kamu tu. Ibu tahu sukar untuk Reen terima kenyataan yang Ikmal telah pergi, tapi Allah lebih sayangkan dia. Semua yang tejadi ni ada hikmahnya Reen. Buka pintu hati kamu untuk insan lain. Ibu yakin Hisyam adalah calon yang terbaik." Lembut kata-kata ibu menusuk kalbuku,
Aku tidak sedar bila ada air hangat dan jernih mengalir membasahi pipiku. Sesungguhnya kata-kata ibu ada kebenarannya. Ya, semua yang terjadi ni ada hikmahnya yang tersendiri. Kalau bukan kerana kejadian tu, kejadian yang telah meragut nyawa Ikmal untuk selama-lamanya, aku mungkin tidak setabah ini, seteguh ini dalam melayari kehidupan.

Ikmal banyak memberikan aku motivasi sekiranya aku menghadapi masalah. Dialah tempat aku meluahkan segala masalah berkaitan hal-hal di pejabat. Kami bekerja dalam satu ofis yang sama. Cuma jawatan dia lebih tinggi dari aku. Dia juga yang selalu mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai seorang anak sekiranya aku sudah lama tidak pulang ke kampung kerana kesibukkan kerja. Jadi sedikit sebanyak kehilangan Ikmal memberikan satu impak yang besar dalam hidupku. Aku seolah-olah hilang tempat aku bergantung. Insan yang selama ini banyak memberikan aku kata-kata semangat pergi begitu sahaja tanpa khabar berita. Ikmal terlibat dalam kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori kontena yang membawa muatan kayu balak. Ikmal meninggal akibat pendarahan teruk di kepala. Aku sampai sekarang sukar untuk menerima kenyataan bahawa insan yang aku cinta sepenuh hatiku, insan yang aku sayang melebihi rasa sayang aku kepada diriku sendiri, telah dulu pergi menemui Pencipta-Nya. Sejak dari hari itu, aku berjanji kepada diriku bahawa tiada insan lain yang dapat menggantikan tempatnya dalam hatiku. Hanya dia yang kekal bersemadi. Tiada insan lain.

Ibu mengeluh melihat ulahku yang seolah-olah tidak mendengar bicaranya. "tu je yang ibu nak cakap. Ibu harap Reen fikirlah semasak-masaknya. Ambil masa, minta lah petunjuk dari-Nya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Hisyam budak baik. Jangan korbankan masa depan Reen semata-mata kerana masa silam. Lagipun Pak Mail dan Mak Timah tu dah lama sukakan Reen. Berhajat benar mereka nak bermenantukan Reen. Reen fikir ya?" ibu masih terus memujuk aku. Aku hanya mengangguk lemah. Ku lihat ibu beransur-ansur melangkah menuju ke biliknya. Aku pun tanpa buang masa terus berlari ke bilikku dan menghamburkan segala luahan hatiku. Aku mengaku bahawa selama ini aku hanya berlagak tenang, seolah-olah dapat menerima peristiwa itu, tapi dalam hatiku hanya Allah sahaja yang tahu betapa lemahnya aku. Aku hanya berlagak tenang untuk menyenangkan hati ibuku. Aku tidak mahu dia teus bersusah hati memikirkan keadaan aku. Tapi pada malam ini bulan bintang menjadi saksi bahawa betapa aku merindui Ikmal. Namanya tidak pernah tergelincir dari kotak fikiranku. Setiap detik, setiap saat. Malam itu lenaku bertemankan sendu yang seolah-olah tidak mahu meninggalkanku.

Sms yang ku terima sedikit sebanyak mengejutkan aku. Hisyam ingin berjumpa dengan aku? Aku yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat berhenti seketika. Benar, kunjungan sms itu sedikit sebanyak meyerabutkan fikiranku. Untuk apa lagi dia nak berjumpa dengan aku? Bukankah aku sudah memberikan jawapan? Tak mungkin ibu tidak menyampaikan pesananku kepadanya bahawa aku masih belum boleh menerima insan lain dalam hidupku? Aku buntu. Tidak dapat mengagak apa yang sepatutnya aku lakukan. Sms itu aku biarkan sahaja. Aku perlu bergegas pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang seolah-olah tiada penghujungnya. Lagipun pukul 8.00 malam nanti aku ada ‘reunion’ dengan kawan-kawanku semasa di universiti.

Aku meneguk air di atas meja. Sesekali aku melihat jam di pergelangan tangan. Jam menunjukkan pukul 8.45 malam. "Mana diorang ni? Kata pukul 8, tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak. Betul ke pukul 8 ni?" aku bermonolog sendirian. Puas aku meninjau di sekeliling restoran, tapi kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Aku mencapai telefon bimbit dan menelefon Jasmin, kawan karibku semasa di universiti. Sekarang dia bekerja di salah sebuah syarikat hartanah terbesar di Malaysia sebagai Pengurus Projek. Dialah insan yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan Ikmal. Lama telefon di sebelah sana berdering sebelum disambut. " Hello, ha kau Reen. Lama aku tak dengar cerita kau. Kau apa khabar sekarang?" ceria aku mendengar suara Jasmin. " Eh minah ni? Ada masa pula dia tanye hal aku?" desis hatiku. " Hei Jas, kau kat mana? Aku dah lama tunggu ni tau? Nak berjanggut dah ni. Dah macam orang kena gadai, tau tak? Kau dah gerak ke belum?" aku terus menerjah Jas. Sedikit sebanyak penantian aku yang tak sampai satu jam tu membuatkan aku sedikit beremosi. Ditambah pula dengan kunjungan sms petang tadi yang tak ku nantikan kehadirannya. "Gerak ke mana Reen? Aku tak faham lah apa kau cakapkan ni? Aku still kat ofis ni. Malam ni aku kerja over-time. Banyak kerja aku kena siapkan," "Ofis?? Kau tak ingat ke Jas? Kau ni dah nyanyuk ke? Umur tak sampai lagi 30, dah lupa," aku tertawa sendiri. Saja aku ingin memprovok Jas. " Wei, mulut! Memang kau jenis yang tak sayang mulut kan? Suka hati nenek dia jer nak mengata-ngata orang," Aku sekadar tersenyum. Aku tahu Jas juga bergurau denganku. "Ingat apa? Kau? Jujur memang aku jarang-jarang ingatkan kau. Yelah dengan kerja aku yang semakin hari semakin menimbun ni. Lagipun aku ada pakwe, baik aku ingatkan dia dari ingatkan kau, ye tak? Hehehe. Gurau jelah kawan," Sedikit sebanyak kata-kata dan gurauan Jas merendahkan tahap baran aku.
" Wei kau janganlah main-main. Aku dah lama tunggu korang ni. Janji pukul 8, tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung korang, Korang jadi ke tak? Aku balik baru tahu. Banyak lagi kerja aku kat rumah tu," bebel aku kepada Jas. " Janji? Janji apa? Aku tak fahamlah apa kau cakapkan ni Reen. Cuba kau cerita pada aku," Hati aku yang sudah sejuk tadi kembali berapi. Ya Allah, Kau kuatkanlah iman ku Ya Allah.
" Cik Jasmin Abdullah, malam ni kan kita dah janji nak buat ‘reunion’ kat restoran Indah View. Aku dah tunggu korang semua dari pukul 8 tadi dah, tapi korang tak juga sampai-sampai. Apa cerita brader?"
"Wei, kau lupe ker?! Kan malam esok? Kau jugak yang kata malam esok. So kiteorang follow kau lah. Yang tetiba kau buat malam ni apa hal? Ke kau lupa? Tulah, mulut tu kalau cakap berlapik sikit, sekarang dah kena. Aku nyanyuk ke kau yang nyanyuk?" Jas memulangkan paku buah keras kepada aku. Silap aku juga kerana tak mengesahkan dahulu. Sekarang siapa yang malu? Kan membuang masa jer namanya?
" Ye ker? Erh, aku lupalah. Hehe.. sorilah. Banyak sangat perkara yang aku fikirkan sehari dua ni. Tu yang aku boleh lupa. Sorilah Jas, kacau kau malam-malam ni," aku berhujah membela diri. Sebenarnya aku sahaja berkata sebegitu untuk menutup maluku. Lagipun betul apa. Memang banyak perkara yang sedang aku fikirkan.
" Banyaklah kau. Macam aku tak tahu perangai kau tu. Ada je alasannya. Tulah, nilah. Tapi sebenarnya kau nak cover kau punye malu kan? Jangan tipu aku lah Reen,"
"Yelah, yelah. Aku salah. Tetiba je serang kau kan malam-malam ni. Aku betul-betul lupalah. Okey lah, kita jumpa esok malam, eh sori malam esok. Kau sambunglah balik kerja kau tu. Okey, bye,"
Tanpa membuang masa lagi, aku terus mengangkat punggung dengan niat untuk pulang. Kerja-kerja pejabat menanti aku di rumah. Saat aku ingin melangkah keluar dari restoran, badanku dirempuh dari arah depan. Aku terjatuh secara menduduk dan hampir-hampir terlentang. Mujur aku sempat menahan tubuhku dengan siku, kalau tak, lagi malu " Aduh, sakitnya! Buta ke mamat ni sampai tak nampak aku nak keluar?" Rungutku dalam hati.
" Sori, sori. Saya tak sengaja. Saya betul-betul tak nampak awak tadi. Saya minta maaf sangat-sangat, " Aku tidak menghiraukan maafnya. Sedari tadi aku asyik menggosok-gosok sikuku yang sakit. Tak berselera aku nak tengok muka mamat gelabah ni. Dari sipi-sipi aku dapat melihat ada tangan sasa yang dihulurkan. Mungkin untuk membantu aku berdiri. Menyedari yang aku mungkin tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri, aku menyambut tangannya. Kejap dan kemas pegangannya. Ada satu rasa yang asing yang singgah dalam hatiku. Pegangannya seolah-olah pegangan Ikmal sewaktu dia memegang tanganku. Mungkinkah? Tak mungkin!

Aku mendongak. Ya Allah! Dia! Dia buat apa kat sini? Aku terus menatap wajahnya tanpa pamit. Dia juga aku lihat seolah-olah tidak percaya bahawa dia boleh berjumpa dengan aku. Di sini!
"Reen…" laju sahaja namaku miniti keluar dari bibirnya yang halus. Pandangan kami bertaut buat beberapa minit. Kami seolah-olah berada dalam dunia yang lain. Hanya aku dan dia. Dikelilingi panorama alam yang mendamaikan. Sejuk mata memandang. Aku dapat merasakan betapa kuatnya genggaman Hisyam. Namun apabila Ikmal tiba-tiba menghadirkan bayangannya aku tersedar. Seolah-olah terkejut dari lena yang panjang. Lena yang amat mengasyikkan.
Aku terus melarikan tanganku dari terus digenggam erat oleh Hisyam. Aku masih mencintai Ikmal. Hanya dia seorang! Tiada yang lain!
" Sori, kalau perlakuan saya tadi menakutkan awak, membuatkan awak rasa tak selesa. Saya Cuma terkejut dapat jumpa awak kat sini," romantis sekali tutur kata Hisyam. Namun itu tak dapat memggugah rasa cintaku kepada Ikmal." Awak buat apa kat sini?"
Pandangan mata Hisyam merimaskan aku. Anak mata coklatnyanya tidak lari dari terus merenung aku. Aku sukar menafsirkan maksud di sebalik senyumannya. Ada yang tak kena ke dengan penampilan aku? Aku rasa okey jer. " Gila ke mamat ni? Dari tadi asyik merenung aku. Macam nak ditelannya," gumamku dalam hati.
"Memang saya gila. Saya gilakan awak, Nur Azreena binti Mohd Khalil," aku terpana. Tidak menyangka itu yang akan keluar dari mulutnya. Dia seolah-olah dapat membaca hatiku. Aku terus menundukkan muka. Malu. Aku dapat merasakan darah mula menyerbu mukaku.
" Kenapa awak tunduk? Cantik muka awak bila awak malu. Saya suka,"
Tanpa terus membuang masa, aku melangkah laju ingin keluar dari restoran itu. Namun belum sempat aku berbuat demikian, tangan sasa Hisyam memaut lenganku. Sekali lagi aku terpana. Aku terus merenungnya tajam. Menyedari bahawa aku tidak suka diperlakukan sedemikian, dia terus melepaskan pegangannya.
" Sori. Kalau awak tak kisah, boleh awak temankan saya minum? Saya minum sorang je. Kalau ada teman, seronok sikit. Please…" pujuk Hisyam lembut. Dia terus merenung aku dengan pandangan redupnya.
"Apa kena dengan mamat ni? Tadi bukan main lagi sakat-sakat aku. Sekarang nak suruh aku temankan dia pulak. Dia ingat aku ni apa?" rungutku dalam hati. Aku tak faham lah perangai dia ni.
" Saya rayu awak. Saya bukan jenis orang yang suka merayu tau. Tapi dengan awak saya sanggup tepikan prinsip saya. Demi insan yang saya cintai sepenuh hati saya, demi insan yang saya sayang melebihi segala-galanya dalam dunia ini, lebih dari saya sayangkan diri saya sendiri. Lagipun saya nak bincang mengenai kita. Kita berdua,"
"Nak bincang apa lagi? Kan saya dah berikan jawapan saya. Apa lagi yang awak nak tahu? Takkan awak tak faham?" akhirnya setelah sekian lama aku mendiamkan diri, barulah aku bersuara. Itupun setelah Hisyam mengungkit tentang hal kami.

" Saya tahu. Ibu awak dah beritahu saya hari itu. Tapi saya masih ada perkara yang nak dibincangkan. Why don’t we have a seat? Tolong. Berikan saya peluang,"
Akhirnya aku mengalah. Bosan asyik didesak sedari tadi. Lagipun ramai mata-mata yang memandang. Aku memulakan langkah mencari tempat duduk yang sesuai untuk berbincang. Aku lihat Hisym tersenyum kepuasan. Puas kerana telah berjaya mendesak aku.
"Awak nak minum apa? Order lah. My treat," katanya sambil tersenyum. "Just straight to the point please. Jangan nak bazirkan masa saya. Saya banyak lagi kerja," aku langsung tidak memandang mukanya. Aku tak mahu pendirian aku selama ini yang teguh berubah. Aku tak nafikan Hisyam mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang lelaki. Tinggi, berdada bidang, mempunyai mata yang redup yang mampu menggoyahkan perasaan wanita. Tapi apa yang menarik tentang Hisyam ialah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Senyumannya mampu mencairkan hati wanita yang memandang. Aku sendiri hampir tergoda dengan senyumannya tadi. Senyuman yang menjadi igauan setiap wanita di luar sana. Mujurlah rasa cintaku terhadap Ikmal masih teguh. Aku tidak dapat memaafkan diri aku sendiri sekiranya aku terjebak dengan senyumannya yang ku kira tak ikhlas.


" Lemon ice satu," kata Hisyam lembut. Aku hanya tersenyum sambil menggeleng kepada pelayan itu semasa dia menunjukkan isyarat ingin mengambil pesananku.
" Okey, apa yang awak nak bincangkan sangat dengan saya? Saya banyak kerja lagi ni," kataku kurang sopan. Aku sebenarnya bosan dengan ulahnya yang seolah-olah ingin mengenakan aku. Membuang masa!
" Okey. Let’s go to the point.Awak nak tahu sangat kan? Saya sebenarnya nak tahu sangat kenapa awak menolak cinta saya? Awak menolak cinta saya mentah-mentah. Saya tak sempurna ke di mata awak? Apa kurangnya saya? Saya tak layak ke untuk awak? Saya tak setaraf dengan awak? Saya cintakan awak sepenuh hati saya Hanya awak seorang saja di hati saya. Tiada dua. Kenapa ?" Hisyam seolah-olah menghamburkan amarahnya yang selama ini terpendam.
   "Takkan awak tak tahu? Hati saya bukan milik awak. Hati saya milik orang lain. Awak faham tak?" kataku agak kasar.
" Tak, saya tak faham. Saya betul-betul tak faham. Awak mencintai orang yang dah tiada! Cinta awak tu sia-sia tau tak? Awak sedang mensia-siakan hidup awak sekarang ni. Awak sedar tak? Bangunlah Reen, bangun dari lena awak tu! Buat apa nak dikenang-kenangkan orang yang dah tiada?"
   Pang! Laju sahaja tanganku menampar pipi Hisyam. Aku sendiri terkejut dengan tindakanku. Tapi aku tak tahan mendengar kata-kata Hisyam yang seolah-olah mencaci Ikmal. Hisyam aku lihat terpana dengan tindakan drastikku.

" Awak tak ada hak nak cakap macam itu! Awak tak kenal siapa Ikmal! Ini ke cara awak nak pikat saya? Get lost!" tanpa pamit, aku terus meninggalkan Hisyam. Hatiku benar-benar membara. Tapi aku pasti hatiku sekarang lebih diulit kesedihan yang sangat dalam. Apa hak dia nak cakap yang bukan-bukan tentang Ikmal? Ikmal lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidupku. Dia tak pernah mengambil kesempatan di atas kelemahanku. Hatiku betul-betul terluka dengan tindakan Hisyam. Ini ke lelaki yang ibu kata baik untuk diriku? Ini ke lelaki yang ibu kata dapat membahagiakan aku?

Pagi itu, aku pergi ofis dengan mata yang sembab. Terlampau banyak air mata yang mengalir semalam. Hanya malam yang sudi berkongsi kesedihanku. Aku tak mempunyai kekuatan untuk menelefon ibu. Biarlah aku seorang yang menanggung derita ni. Aku tak mahu pandangan ibu terhadap Hisyam berubah. Ibu terlampau menyanjung dan menyayangi Hisyam. Hisyam sudah dianggap sebagai anak sendiri. Biar aku seorang sahaja yang tahu siapa Hisyam yang sebenarnya.
Petang itu, aku tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya aku ke taman yang aku sering pergi dengan Ikmal. Taman inilah yang menjadi saksi betapa tulusnya cinta kami. Betapa sucinya kasih yang kami semai selama tiga tahun. Terlampau banyak kenangan kami di sini. Aku tak mahu kenangan-kenangan itu luput dari ingatanku. Aku masih mengunjungi taman ini, terutamanya ketika aku bersedih kerana menghadapi masalah. Aku seolah-olah mendapat satu kekuatan yang luar biasa ketika aku berada di sini. Desir angin seolah-olah membisikkan kata-kata semangat yang aku perlukan. Aku berasa tenang setiap kali aku di sini. Ketenangan yang tak mungkin aku temui di mana-mana setelah pemergian Ikmal. Aku memilih untuk duduk di sebuah bangku yang menghadap tasik buatan manusia. Sekawan itik berenang dengan girangnya. Burung-burung di angkasa terbang dengan rianya seolah-olah bermain sesama mereka. Angin ketika ini bertiup sempoi-sempoi bahasa. Seolah-olah memahami golakan jiwaku. Sungguh tenang dan damai.

" Assalamualaikum…"
Ketenangan yang aku nikmati tidak lama. Hancur berterbangan ditiup angin petang setelah aku mendengar suara yang sebolehnya aku tak mahu dengar sampai bila-bila pun. Aku berpaling menghadapnya. Ternyata telahan aku betul. Kenapa sewaktu aku ingin mengingati kembali kenangan indah aku bersama-sama dengan Ikmal, wajah inilah yang sering muncul dan menghancurkannya?

" Awak buat apa di sini? Tak habis lagi nak hancurkan hati saya? Nak sakitkan hati saya? Awak memang nak saya menderita kan? Tahniah, awak dah menang. Awak memang dah berjaya sakitkan hati saya. Boleh tak awak bagi saya hidup dengan tenang? Sejak awak datang dalam hidup saya, hidup saya berantakan, hancur. Awak tau tak? Ibu pula tak habis-habis puji awak. Seolah-olah awak ni orang paling baik, paling mulia di dunia ni. Malaikatlah konon. Hisyam budak baik, Hisyam budak jujur, Hisyam boleh bahagiakan Reen, apa lagi gelaran yang awak nak? Tolong lah Hisyam. Tinggalkan saya. Saya nak hidup saya yang dulu. Besar sangat ke permintaan saya?" Aku bagai diserang orang gila. Aku sendiri tak sedar bila aku berdiri di hadapannya. Tapi apa yang aku pasti, aku berasa sangat puas. Puas setelah berjaya menghamburkan segala rasa sakit hati ini kepada Hisyam. Akhirnya, aku terduduk.


" Dah, puas? Sekarang giliran awak pula yang dengar apa yang saya nak cakapkan," katanya sambil mengambil tempat di tepiku.
" Apa lagi yang nak dicakapkan? Saya rasa penjelasan saya malam tu dah cukup jelas. Takkan bahasa semudah tu pun awak tak faham?" Aku kembali berdiri. Sungguh, aku tidak boleh melihat muka Hisyam. Melihat wajahnya, aku teringat peristiwa malam tu. Malam yang paling aku tak mahu kenang sampai bila-bila.
"Duduk dulu. saya janji, ni kali terakhir saya jumpa awak. Dengar dulu apa yang saya nak cakapkan. Kalau awak masih tak boleh terima, saya akan mengundurkan diri saya ,walaupun itu merupakan satu keputusan yang amat berat saya lakukan, saya merayu,"
Aku menimbang-nimbang tawarannya. Okey, aku terima. Yang pasti, aku tak mahu dia kacau hidup aku lagi. Aku mengambil tempat di sebelahnya. Aku menjarakkan diri kami sejauh yang mungkin. Sebagai tanda aku tak suka dia berada di sisi aku.
" Terima kasih, terima kasih sangat-sangat Reen. Pertama sekali, saya nak minta maaf atas kejadian malam tu. Saya langsung tak berniat nak lukakan hati awak, nak hancurkan hati awak. Tak pernah pun terlintas di hati saya. Mana mungkin saya sanggup lukakan hati wanita yang saya cintai, saya sayangi. Saya cuma tak faham kenapa awak susah sangat nak buka pintu hati awak. Saya ikhlas mencintai awak. Saya tak pernah mencintai wanita lain sedalam ni seperti mana saya mencintai awak. Saya cuma terkilan awak menolak cinta saya mentah-mentah. Saya cuba untuk memahami awak, tapi awak langsung tak buka pintu hati awak, untuk saya sentuh cinta dalam hati awak tu. Okey, saya tahu awak masih tak boleh lupakan Ikmal, lelaki yang awak sayang, awak cinta sepenuh hati awak. Tapi terima hakikat, Reen. Dia dah lama pergi. Saya yakin Ikmal mesti nak tengok awak bahagia. Saya tak minta awak berikan saya sepenuh hati awak, tapi berikan saya sedikit ruang dalam hati awak untuk saya tanamkan benih cinta saya. Memang Ikmal yang telah mengajar awak erti cinta, erti kasih sayang, tapi izinkan saya mengajar awak untuk awak merasai kemanisannya. Tapi kalau awak rasa itu satu permintaan yang berat, permintaan yang awak langsung tak akan tunaikan, saya redha. Saya tak boleh paksa. Ini tentang perasaan seseorang. Kalau awak masih tak boleh buka pintu hati awak untuk saya, hanya satu yang saya pinta, izinkan saya untuk terus mencintai awak, walaupun saya tahu cinta saya tak berbalas. Tak akan berbalas. Hanya nama awak yang bertakhta di hati saya," panjang huraian Hisyam. Kata-katanya langsung tidak meninggi. Lembut dan mendamaikan telinga yang mendengar.
"Okey, tu je yang saya nak cakapkan. Saya harap awak fikirlah sedalam-dalamnya. Saya doakan kebahagiaan awak. Semoga suatu hari nanti awak akan bertemu dengan insan yang berjaya mencuri cinta awak. Sampaikan salam tahniah saya kepada dia. Saya pergi dulu. Assalamualaikum, " tutur Hisyam seraya tersenyum. Senyuman yang ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.

Aku terkesima. Aku tak mengerti perasaan aku di kala ini. Bercampur gaul. Terkejut, tergamam, sedih, aku sendiri tak pasti. Sukar untuk aku mengungkapkannya. Yang pasti, aku tersentuh dengan ucapannya. Aku tak tahu sebegitu murni hasrat Hisyam. Begitu tulus hatinya. Ternyata aku telah salah menilai Hisyam selama ini. Tanpa aku sedar, ada air hangat yang mengalir dari sudut mataku. Puas aku menahannya, tapi ternyata aku gagal. Rasa sebak menyelubungi jiwaku kala ini. Menghambat perasaanku. Akhirnya aku tersedu-sedan di bangku itu.

Pagi keesokannya, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Aku perlu berjumpa dengan ibu. Aku nak dia tahu betapa berdosanya anaknya yang satu ini. Aku nak meluahkan segala perasaan aku kepada ibu. Hanya air mata yang menemani perjalanan aku. Sukar untuk aku menahan perasaan ini. Aku rasa sangat berdosa kepada Hisyam. Ya Allah, Kau ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah. Aku insan yang lemah. Yang tak lari dari ujian-Mu. Ampunkan dosaku Ya Allah…
Selepas selesai mengemas di dapur, aku mendapatkan ibu yang berada di ruang tamu. Aku hanya tersenyum kepada ibu sewaktu pandangan kami bertaut. Aku mendapatkan tempat di sebelah ibu. Memeluk ibu erat-erat. Ibu membalasnya kejap.


" Macam mana perasaan Reen sekarang? Dah lega? Ibu bersyukur sangat. Doa ibu selama ini akhirnya termakbul. Akhirnya Reen kenal siapa Hisyam tu yang sebenarnya. Hati budi dia. Ibu harap Reen dapat buka pintu hati Reen untuk menerima dia dalam hidup Reen," Lembut tutur ibu. Aku hanya tersenyum.
" Reen kerjakanlah solat istikharah. Minta petunjuk Dia. Sekiranya Hisyam tu jodoh yang baik untuk Reen, permudahkanlah urusan kamu berdua. Ibu yakin, dia jodoh yang baik untuk Reen," Aku mengangguk setuju sambil meletakkan kepalaku di atas bahu ibu. Malam ini aku mendapat ketenangan yang aku cari-cari setelah sekian lama. Ketenangan yang aku dambakan setiap detik dalam hidupku. Dan akhirnya aku menemuinya. Alhamdullilah…


Sudah dua minggu semenjak aku pulang ke rumah ibu. Tapi masih sekarang aku belum menghantar apa-apa mesej atau pesanan kepada Hisyam. Niat aku ingin berjumpa dengannya. Hanya satu tujuanku. Aku ingin meminta maaf di atas segala kesalahanku selama ini. Aku tahu, aku sedar aku banyak berdosa kepadanya. Aku hanya mengharapkan kemaafannya. Aku tak mahu dipersoalkan di akhirat nanti. Lagipun aku dapat merasakan pintu hatiku telah terbuka untuk menerima insan lain dalam hidupku. Memang, aku masih belum boleh melupakan Ikmal, tapi kata-kata ibu ada kebenarannya. Kita yang masih hidup ni harus meneruskan hidup kita. Kenangan-kenangan lalu hanyalah untuk dikenanang. Jangan biarkan diri kita lemas di dalamnya. Percintaan aku dengan Ikmal merupakan satu kenangan indah yang pernah hadir dalam hidupku. Mana mungkin aku dapat melupakan insan yang telah mengajar aku erti hidup yang sebenarnya dengan semudah itu?
Aku menunggu dengan sabar kedatangan Hisyam. Di restoran yang sama. Restoran yang telah menemukan aku dengan Hisyam. Sudah hampir satu jam aku menunggunya. Namun bayangannya masih tidak kelihatan. Aku masih sabar. Harus bersabar. Aku takut peluang ini tak akan datang untuk kali kedua. Persetujuan Hisyam untuk berjumpa denganku amat melegakan. Aku takut menantikan reaksinya semalam. Mujurlah dia masih mahu memberikan aku peluang kedua. Tak henti-henti aku mengucapkan terima kasih. Dia juga amat besyukur aku masih mahu untuk berjumpa dengannya. Segala macam peristiwa yang berkaitan dengan dirinya terbayang-bayang di tubir mata. Betapa khilafnya aku selama ini. Aku buta untuk menilai diri Hisyam yang sebenarnya.
Deringan telefon menyedarkan aku ke dunia realiti. Berterbangan lari segala kenangan. Terpapar nombor telefon rumah di skrin handphoneku. Ibu? Kenapa?


"Assalamualaikum, bu. Ada hal ke ibu telefon Reen ni?" aku menjawab panggilan ibu.
"Reen, Reen dengar elok-elok. Ibu harap Reen tabah menerima berita ni. Banyak-banyakkan bersabar. Okey?"
Aku mula berasa tidak senang hati. Bermacam-macam andaian buruk menerpa fikiranku. Apa yang telah terjadi? Aku buntu memikirkan segala macam persoalan yang mula menghimpit perasaan.
" Reen, Hisyam kemalangan. Sekarang dia berada di Hospital Tapah. Cepat pulang sekarang. Ibu rasa keadaan dia kritikal,"
Aku terpempan. Awan seolah-olah jatuh dan menghempapku. Aku betul-betul terkejut dengan berita ini. Aku betul-betul tak sangka bahawa Hisyam terlibat dalam kemalangan. Tanpa aku sedar, ada air mata yang mengalir, membasahi kedua-dua pipiku.

Aku ditemani air mata sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah. Aku tak henti-henti memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar melindungi Hisyam. Aku tak sanggup lagi untuk menerima satu lagi kehilangan. Cukuplah kehilangan Ikmal. Aku tak mahu kehilangan Hisyam pula. Betapa peritnya kehilangan insan yang kita sayang. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaannya. Ya Allah, mengapa ini yang Kau turunkan kepadaku? Aku tak kuat untuk menerimanya Ya Allah. Kau lindungilahnya Ya Allah. Hanya itu yang ku pinta Ya Allah..
" Macam mana Hisyam bu? Dia okey? Macam mana dia boleh kemalangan? Dengan apa? Teruk ke bu?" dengan tidak sabarnya aku bertanya ibu. Aku benar-benar bimbang dengan keadaan Hisyam.
"Sabar, Reen. Kami semua tak tahu macam mana keadaan dia sekarang. Dia masih dalam bilik bedah lagi. Banyakkan bersabar Reen," tutur ibu lembut. Aku memandang persekitaran. Kelihatan ibu Hisyam yang menangis teresak-esak di samping Pak Mail, ayahnya Hisyam. Aku terus mendapatkan Mak Timah. Menghulurkan tangan untuk bersalam. Mak Timah menyambutnya dan terus merangkulku erat. Aku hanya mampu menggosok-gosok belakangnya. Apa lagi yang aku mampu buat? Aku bukan Tuhan untuk menghentikan segala masalah ini. Ini semua dugaan yang harus kami terima dengan hati terbuka. Pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian yang berlaku. Allah itu Maha Adil dan Saksama.

Kami hanya menanti dengan penuh sabar. Berdoa agar nyawa Hisyam dapat diselamatkan. Setelah keadaan reda, barulah ibu menceritakan apa yang sebenarnya telah terjadi. Hisyam terlibat dengan kemalangan apabila dia cuba mengelak dari melanggar sebuah van yang dibawa oleh seorang pemandu yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Namun Hisyam dirempuh oleh lori kontena yang membawa muatan balak dari arah bertentangan. Kereta Hisyam terperosok masuk ke bahagian bawah lori. Pihak bomba mengambil masa selama hampir satu jam untuk mengeluarkan kereta Hisyam yang remuk.
Hisyam berada dalam keadaan yang kritikal kerana mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Dia terus dikejarkan ke hospital yang berdekatan. Aku hanya mampu beristighfar mendengar cerita ibu. Betapa ngerinya kemalangan itu. Aku Cuma berharap Allah dapat memanjangkan nyawa Hisyam. Aku belum meminta maaf kepadanya. Ya Allah…


Kami terus menerpa doktor yang baru keluar dari bilik pembedahan. Aku tak dapat menafsirkan maksud di sebalik raut wajahnya. Hatiku mula diterpa keresahan. Apa yang telah terjadi? Takkan Hisyam…
" Ya Allah! Hisyam!!!!" Aku mendengar raungan Mak Timah. Begitu hiba sekali. Raungan seorang ibu yang telah kehilangan anaknya. Apa yang aku takutkan akhirnya terjadi. Berita yang aku seboleh-bolehnya tak mahu dengar, akhirnya sampai menerjah gegendang telinga. Aku seolah-olah berada dalam dunia aku sendiri. Sukar untuk aku menerima kenyataan bahawa Hisyam telah pergi untuk selama-lamanya. Pergi meninggalkan aku. Suasana kelam mula menyelubungi diriku. Pandanganku mula kabur. Aku tak dapat mengimbangi diriku. Dan akhirnya aku rebah. Jeritan ibu mula sayup-sayup kedengaran. Dan akhirnya kelopak mataku tertutup..
Sudah dua bulan pemergian Hisyam. Pemergian untuk menghadap penciptanya. Pencipta segala yang ada di langit dan di bumi. Sampai sekarang aku masih berkabung untuknya. Aku masih lagi sedih atas apa yang terjadi. Sukar untuk aku menerimanya. Insan yang telah mula bertapak di hatiku akhirnya pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya, seperti mana Ikmal.
Sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur, Mak Timah ada menberikan aku sepucuk surat. Katanya dari Hisyam. Hisyam telah menulis surat itu sehari sebelum dia terlibat dalam kemalamgan ngeri, kemalangan yang telah meragut nyawanya sendiri. Dan sampai sekarang aku masih belum membuka surat itu. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk membaca isi kandungannya. Cuma pada petang ini aku mendapat kekuatan untuk membacanya, di taman yang aku selalu pergi. Aku membuka surat itu dan mula membacanya perlahan-lahan..


Assalamualaikum, Reen…
Mungkin masa awak baca surat ni, saya telah berada jauh dari sisi awak. Terlampau jauh… Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada awak kerana masih mahu berjumpa dengan saya. Apa lagi yang dapat saya katakan? Inilah saat yang paling saya nantikan dalam hidup saya. Menerima pesanan awak lewat petang itu amat membahagiakan saya. Akhirnya doa saya selama ini termakbul. Perasaan saya terhadap awak masih tidak berubah. Sama seperti dahulu. Sekali saya sudah sayang kepada seseorang, sukar untuk saya lupakannya, walaupun nyawa saya dikandung tanah.
Awak tahu tak macam mana saya boleh jatuh cinta kepada awak? Awak ingat tak semasa awak ke kedai runcit di kampung kita? Peristiwa yang awak marah kepada seorang lelaki yang telah berkasar kepada seorang perempuat tua? Sejak itulah hati saya terpikat kepada awak. Saya tahu awak boleh menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada anak-anak saya. Awak memiliki segala syarat-syarat wanita impian saya. Keperibadian awak menambat hati saya. Sejak itu hanya wajah awak yang selalu hadir dalam mimpi saya saban malam. Betapa saya mencintai awak, hanya Allah yang tahu.
Dalam pertemuan kita nanti, saya mengharapkan satu jawapan yang positif dari awak. Walaupun saya tahu mungkin saya tak akan dapat jawapan itu. Tapi jauh disudut hati saya, saya amat mengharapkannya. Walaupun bukan sekarang, saya akan nantikan saat itu tiba. Jika ditakdirkan umur saya panjang. Saya yakin, sayalah insan yang paling bahagia waktu tu.
Saya rasa sampai di sini sahaja coretan saya. Sudah banyak yang saya curahkan di sini. Seolah-olah ini surat terakhir saya. Hahaha. Entahlah. Saya dapat merasakan yang saya akan pergi jauh dari sini. Jauh dari awak. Itu perkara yang saya paling takutkan. Saya takut tak sempat melihat wajah awak buat kali terakhir. Saya seolah-olah dapat merasakan yang masa saya sudah sampai. Sampai untuk menghadap-Nya.
Okeylah, merepek je saya ni kan. Saya akan tunggu awak di restoran tu. Sampai awak datang.I love you, Nur Azreena binti Mohd Khalil.
Salam sayang..
Hisyam..


Aku menangis teresak-esak. Setiap bait dalam surat itu amat memilukan. Ya Allah, beratnya dugaan-Mu Ya Allah. Kenapa ini yang harus aku terima? Setelah aku mula dapat menerima dia dalam hidupku, kau jauhkan dia dariku Ya Allah? Setelah aku mula membiarkan cintanya bercambah dalam hatiku, kau rampas dia dari sisiku. Beratnya dugaan ini Ya Allah.. Laju air mata ini mengalir seperti lajunya air di muara..
Aku mendongak melihat langit yang terbentang luas di atas sana. Tak ku sangka begini kesudahannya kisah aku dengan Hisyam. Di saat aku merelakan dia menyentuh cinta dalam jiwaku. Akhirnya dia pergi membawa harapan yang belum sempat aku tunaikan. Patutlah semasa aku mengerjakan solat Istikharah, aku tak nampak wajah insan yang hadir dalam mimpiku. Suasana sekeliling kelam. Kabus menyelubungi sekeliling. Aku sukar untuk meneka raut wajah itu. Tapi dari gerak gerinya aku dapat merasakan bahawa susuk itu milik Hisyam. Tapi aku tak pasti. Sekarang aku dah dapat jawapannya. Bukan Hisyam insan itu. Aku sedar yang aku sudah mula menyayangi dirinya, mencintai seorang insan yang diberi nama Mohd Hisyam Akmal bin Ismail. "Hisyam, saya cintakan awak," bisikku dalam hati. Aku masih memegang erat surat itu. Sukar untuk aku mepaskannya walaupun untuk sesaat. Itulah kenangan yang telah Hisyam tinggalkan untuk aku. Akan ku simpan surat itu untuk selama-lamanya.


Aku sudah mengambil tempatku dalam kapal terbang. Dalam sepuluh minit lagi,kapal akan berlepas menuju ke destinasinya, Ireland. Mula-mula aku menyatakan keputusanku untuk menyambung pelajaranku, ibu agak membantah. Namun aku jelaskan kepada ibu kenapa aku berbuat demikian. Aku ingin melupakan apa yang telah terjadi selama beberapa bulan ini. Apa yang terjadi merupakan satu tamparan yang hebat kepadaku. Aku perlu mencari balik keyakinanku yang telah hilang. Aku perlu membina semula kekuatanku yang telah runtuh. Ini sahaja cara yang dapat aku fikirkan. Aku perlu tinggalkan Malaysia untuk sementara waktu. Terlampau banyak kenangan manis dan kenangan pahit aku di sini. Aku perlu pergi. Perlu.
Pengumuman pramugari yang bertugas menyedarkan aku ke dunia nyata. Aku mengemaskan tali keledar. Dan akhirnya saat yang aku nantikan tiba. Selamat tinggal Malaysia, selamat tinggal kenangan….

sayang mr.kinderbueno shaye:)

No comments:

Post a Comment